Monday, October 26, 2009

Wedding, wedding & wedding...


Assalamualaikum w.b.t..

Finally, i manage to find a time to write a new entry.. Kalau ikutkan, mmg byk sgt benda yang nak ditulis, cuma masa and peluang sahaja yang tak ada.. few things to share; my bff wahida@peggy officially engaged to her beloved honeybee Ejam.. congrats dear.. and finally my bff Akma already found her true love and make up her mind to accept the proposal.. Of course i'm truly happy for her.. she deserve to be love by a gentlemen called mr.f****..oppss,dirahsiakan.. that guy sgt baik, humble, caring and sincere.. boleh nmpk dr tindak tanduk dan raut wajah nya.. Alhamdulillah, He answer my prayers.. seriously, i always pray for my akma happiness.. she's more than just a BFF to me..


Untill this year end, almost every weekend my time will occupied by turning up to my friends wedding.. last week my school mate Fidzah Adnan & her official hubby Shahnazim.. sweet sgt tgk fidzah with blue songket plus dgn tubuh genit die yg nmpk berseri-seri.. Coupled since 18 if im not mistaken..

this weekend rest dulu since next week pun aidiladha.. maybe gak lombu kambing xcukup sbb utk korban! kah3.. 5 dec will be Eezan(ex-office mate, she's my flower gurl during my big day) wedding day, the same day gak my boss nak buat meeting! Faul! Already agreed ramai2, siap2 pki vogue2, immediately shoot pg wedding eezan after hbs office hour.. Mr.Boss hopefully jgn marah yea tgk semua staff on time punch card! kui3.. the same day dgn my schoolmate Maisarah majlis@Batu Caves.. hrp2 sempat la shoot kesana.. but mu hubby kerja pulak that day..tgk lah..

Next following week pulak En.Ridzwan Razali@abg wan yg kupanggil jejaka cinta luka.. kui3.. finally menemui kebahagiaan after gone through a series of dark side love.. oppss! =p venue@KGPA.. kelas you dgr2 nya.. maklumlah, bride nyer pon cantiksss.. huhu,after that my ex-dormate kat Maahad dulu, Nurul Farhana@Ana.. oklah, kat subang jaya gak.. salwani pon sama, tp mana letak invitation card hari tu.. kena install dlm reminder..

Huhuhu.. sesungguhnya, mmg skrg musim org kahwin... i talk to umi, she said "ala,biasa je tu.. cuma awak ramai kwn2 seangkatan yang dah mmg time serunya..sbb tu rasa ramai.." betul gak kan?? PEACE! to all my friend yg tgh hair wire buat preparation, all the best and hopefully everything will run smoothly.. kutip bunga telur la keje aku nmpknya... errrr,sedikit kopaks sbb mst kna bg present kan... =p kui3

SUATU PERJALANAN


Assalamualaikum w.b.t..


Kalau calculate balik, almost 7 month i'm married to guy name Ezanie Bin Abdul Aziz.. terus terang, memang agak memeranjatkan ramai org surrounding aku sbb kami get to know each other terlalu singkat.. sbb tu aku sedar dgn challenge and obstacle yang aku akan hadapi after wedding.. aku pegang pd kata-kata; kalau takdir dan ketentuan Allah swt, itulah jodoh masing-masing dan bumi mana tak ditimpa hujan.. ramai juga yang nasihat minta aku fikir panjang dulu.. bukannya apa, because marriage isn't a simple things.. i admit, mula-mula aku sndr ragu-ragu dgn diri sendiri.. dgn umur yg baru nak masuk 24 tahun.. sedangkan earlier target, 26-27 baru nak settle down..


Banyak sebab dan reasons which are hardly to explain.. aku banyak berdoa pada Allah mohon petunjuk dan guidance utk aku hadapi semua nie.. how to cater everything, with a different attitude & background(too wide), conflict of interest will surely happen.. terlalu byk hati juga yang perlu dijaga.. MasyaAllah.. will i am? i got this e-mail from nelly.. very interesting and something good to share about..



SAYANGI DAN BERSYUKURLAH DENGAN KEHADIRAN SEORANG YANG BERGELAR SUAMI


SUATU PERJALANAN

“Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan.”

Teringat pesan ayah di suatu petang...

“Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati,” ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.

Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.

SILAP ISTERI

Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud:



Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka”

Seorang wanita lalu bangun bertanya, “Apakah yang menyebabkan yang
demikian? Adakah sebab kami ini kufur?”

Rasulullah SAW menjawab, “Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu
yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.”


Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.

YANG LEBIH, YANG KURANG

“Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa,” luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata.

“Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap,” jawab saya supaya dia buka mata.
“ Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana . Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia.” pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali ‘memandang tinggi’ kehadiran seorang suami.

ENGKAU TERBAIK UNTUKKU

Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi.”

Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan.

Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi.

Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, “Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini.”

Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.

Saling berpesan-pesan kpd kebaikan..


************************************************


I took a deep breath after finished read this post.. terpukul sebenranya dengan advice di atas. Bukan mudah sebenarnya untuk handle relationship husband & wife nie.. lebih-lebih lagi dengan sikap dan sifat masing-masing yang berbeza.. terlalu lemah diri aku sebenarnya..


Apa-apa pun aku tetap bersyukur dikurniakan seorang lelaki sbg suamiku.. bila mana aku hilang pertimbangan, aku pujuk hatiku.. "dia tetap suamiku yang Allah swt dah takdirkan, blm tentu lelaki lain sayangkan ku lebih baik dari dia.." apa yang buat aku tersentuh, memang jelas dia terlalu sayangkanku.. seolah-olah aku lah kehidupannya.. YaAllah, berilah aku kekuatan petunjuk dan bimbingan.. Amin..




Sunday, October 18, 2009

if only they knew..

Assalamualaikum w.b.t.

Di telan mati mak, diluah mati bapak.. it sounds harsh, but that is what happen to me now.. Kalau diteruskan, tak dapat restu.. kalau ditinggalkan, itulah cita-cita yang dah lama terpendam.. tak mustahil boleh tertekan jiwa ni lambat laun..

I've did a quiz in facebook, calculating my birth numbers, and the number would describe your character and lifeline.. almost accurate.. and one the significant sentence; mementingkan hati dan perasaan orang lain sebelum diri sendiri.. kadang-kadang terfikir untuk luahkan secara depan-depan, mana keadilan untuk diri aku pula?? terus terang.. aku tak nampak pun orang lain yang cuba ambil kira perasaan aku pula.. aku tak minta apa-apa pengorbanan, cukuplah sekadar kepercayaan dan biarkan sedikit ruang untuk aku dengan cara aku sendiri..

I don't know.. should i just let go my golden dreams.. and hoping that the imagination will simply fade away.. the opportunity is just in front me.. anyway, the dream is not only for me alone.. semua ni untuk dikongsi and if possible, hasilnya akan jadi kesenangan untuk semua in future.. maybe tak ada yang nampak lagi..

Believe me, aku akan cuba bawa kehidupan ini sebaik2nya.. takkan aku tinggalkan sesiapapun.. kerana semua yang aku sayang adalah hidup aku, nadi aku, nyawa aku.. sekali pun mungkin terjadi yang buat org2 yg aku sayang rasa terbiar atau terabai.. itu bkn disengajakan.. itu kerana aku xpunya pilihan.. at least let me try to make things fine and smooth.. just like what britney sing along..

but if you look at me closely, u'll see it in my eyes..
this girl will always find a way..

Ya Allah, berikanlah aku petunjuk, berikanlah aku kekuatan.. aku hanya mampu berserah kepadaMu..
sigh.. if only they could see, if only they knew..

Friday, October 9, 2009

nur kasih

Assalamualaikum w.b.t...

Lately ni ramai yg bercerita ttg episode Nur Kasih setiap Friday 9.00pm@TV3.. tak terkecualilah seisi keluargaku ini termasuk en.bongsu kami, Adik.. At 1st, bile kata theme story psl cinta, terus "oh,no.. not again.." bkn sceptical or sacarstic towards isu cinta, cuma dah bored dgn style drama cinta melayu.. plus dgn isu2 moral pelakon Malaysia skrg.. but who am i to say so.. bak kata pepatah; Manusia tiada yang sempurna.. sigh..

if i'm not mistaken, the drama series had already started before fasting month.. what & who triggered me to watch the drama.. when my friend Ayin posted a comment in facebook that she's happily downloaded the previous episodes of the drama from youtube.. i'm wondering "best ke cerita ni?" then i try find out about the drama and the background.. Directed by Kabir Bhatia and scripted by his wife Mira Mustaffa..

Herewith i stated the reasons to watch Nur Kasih;

1. Videography & shoot - I don't know much about this, but mmg perfect shot. Setanding dgn quality drama2 hollywood.. thumbs up 2 finger to Kabir Bhatia, he earn my respect.

2. Arrangement of the story - jalan cerita yg menarik, sharp, precise, sesuai dan xmeleret2..

3. Theme song - Yassin Sulaiman had done a bravo job!

4. Props & location - suitable dgn cerita, 0verall ok.. cuma, rumah Aliya tu sbnrnye bkn terletak di bukit damansara.. tapi di seksyen 7 shah alam.. how do i know? the house is just next to mine ok.. hehehe..


5. Cast - semua berjaya bawakan character msg2 dgn baik.. thumbs up pd fizz fairuz.. paling berjaya character die..


Moral of the story;

1. Respect our parent..

2. Percaya dgn hikmah setiap jodoh pertemuan.. no matter how long it takes, at last kita akan ketemu juga.. Allah swt ciptakan hambaNya berpasangan...

3. Jangan ambil mudah soal jodoh & perkahwinan.. Its all about resposibility,credibility and etc.. bkn sekadar pada lafaz akad.. buruk baik sebuah perkahwinan, the effect would be long term..

4. Ingatlah tanggung jawab pd Allah s.w.t di mana sekalipun kita berada..

5. Jgn simply percaya dgn kata2 org lain ttg partner/family kita.. the best thing is, investigate dulu, listen and let them to explanation.. don't easily jump to conclusion.. (character Sarah yg accuse mcm2 tentang Aidil & Aliya.. sampai naik emo makcik2..hehe)

Wednesday, October 7, 2009

kids therapy




Assalamualiakum w.b.t...

My mom told me this before i married.. "it's better for you to plan how many kids you going to have.. awak bkn jenis yg suka dan blh besrsabar sgt dgn budak..' well i guess u're right umi.. i knew myself, agak garang dgn adik2.. ada gak sampai tinggi suara bila marah2 kan mereka.. not to that extend sampai naik tangan.. pernah terbuat, but i felt guilty deeply and regreted for what i've done..


Tapi bila nampak babies yg cute, hyper, talkative.. mmg xsenang duduk dibuatnya.. rasa nak bawa balik je.. although baby girl mmg cute and sweet (typically with fancy gown and hairband) i dont know why, i'm easily attracted to baby boy.. lagi lasak lagi suka.. maybe influenced by my surrounding, cousin2 and anak2 cousin yg ramai boy..


owh, berbalik pada idea umi tadi.. hmmm.. i get what she's trying to say.. lagipun, bukan senang jaga anak ramai2 especially yg gap rapat.. oh,no! sorang nangis surely yg lain pun nangis.. hehehe.. dengan both husband & wife yg kerja more than 8 hours.. plus high cost of living in shah alam ni.. might as well i opt to plan from a very beginning.. a bit contra dgn advice ayah " Setiap anak yg lahir membawa rezeki.." =) aha!


hehehe, mmg kdg2 naik geram juga tgk budak2 yg xnak behave tu.. tapi dah kata budak, apa nk kata kan.. tapi bila fikir balik, attitude and character si kecil ni boleh buat kita tersenyum sorang2.. plus ayat-ayat yang keluar dari mulut yang suka celoteh.. one kind of stress relief.. so far yang so closed to me are my SIL kids.. hana (6 yrs old) & imran (2 month).. they called me Aunty Fara.. yela,on their mummy's side mmg just ada Ucu(my hubby) and me je..


Hana ni mula2 mmg ssh nk get long.. stood passively like a doll beside her mummy.. 2nd time jumpa, pancing dgn topic yg kena dgn jiwa dia.. then mula la tunjuk diri dia yg sebenar.. hehehe.. once dia dah attached, mmg xde chance kite nk buat bnda lain.. layan tuan puteri ni jela.. jgn main, die ni agak garang tau.. but actually she reminds me my behavior when i'm 6 yrs old.. so xsempat nak naik geram dah tergelak sbb teringat zaman kecik2 dulu.. above pics is hana & imran and our hand made play-doh bear..


Imran.. baru je lahir 15 july lepas.. smart and gorgeous.. mcm tak percaya baru 2 month sbb body semangat mcm dah 6 month! few days xjumpa mst rindu.. tension2 je, mst tgk pics die dalam hp.. can't wait to see Imran start to crawl then walk.. somehow, the way he interacted to others as if like he knew us and understood what happens around..


How many kids i'm going to have, terserah pada rezeki and i believe in Allah's arrangement.. But for the time being, belum dapat lagi nmpknye.. (to be storied in the new post). Well, i guess.. i've start to earn a parental skill by baby sitting my beloved niece & nephew.. semoga mereka membesar sempurna.. happy growing dear! miss both of you so much..

Sunday, October 4, 2009

Try again.. =)

Assalamualaikum w.b.t...

Isk2.. agak tension bile my hubby said that he couldn't understand what i'm trying to deliver in my 1st post.. then bile baca balik.. ok, no wonder! Agak berbelit, hehehe.. He's a technical personnel and very straight forward. So, it's difficult for him to get my idea. I admit, it's not that easy to make other people understand your words.. no matter how close she/he is to me..

Ok, give me a time and i'll try to improve.. Till we meet again at the next post! =p

Saturday, October 3, 2009

My 1st Post

Assalamualaikum w.b.t

After few months, i keep thinking of having my own blog. It's just.. i don't know where to start. Writing (typing..) is actually one of my passion. Not much people know about this. Or maybe my Umi if she can recall my so call talent 14 years ago. The best person to ask or refer about this are my BM teachers, primary and secondary school.. The requirement; words shall not more than 300 words. Please don't calculate cikgu, you'll find that my writings would exceed until 500 words. Forgive me that and let me do that, otherwise you'll find that the writing as same as the example given. Too tactical and technical.. Hehehe..

Oooppss... Saya org Melayu. Bukan membelakangi BM, tp influenced by environment (study +kerja), almaklumlah.. baik handphone, pc or laptop.. semua instructions in English.. InsyaAllah, i'lll try my best to balance the usage.. I admit, either Malay or English.. dua-dua tak bagus mana.. Apa yg ckp hari2, itulah dia.. Asalkan boleh converse, semua org faham and on top of that.. convey a message directly.. =)

Sometimes, i got a lot of things in my mind. Selalu lah bermonolog (cewah.. bahasa sastera =p ) sendirian.. tapi bila fikir2 balik.. takut boleh jadi gila pula.. hehe, impossible.. tapi org pun selalu ckp.. jgn fikir and simpan byk2 dlm kepala.. nnt jd gila.. so, timbul lah few ideas.. diary? owh, kurang sesuai.. bile nye nak tulis? sblm tidur, mau esok pagi terperosok bwh katil.. nk bw sana sini, ada potensi besar utk misplace ( well, i'm a clumsy person..) officemate pun tahu.. hehehe..

Bukanlah sbb xde tempat atau teman utk diluahkan, tapi xsama.. atau maybe ade yg tertinggal.. Ape-ape lah, bkn lah niat utk bagi semua org baca, if boleh share and ada respond why not (maklumlah, berjuta blog kat dunia ni..), cuma rasanye this is the best way for me to restore all or maybe part of my life page, ideas or feeling.. dah lama terfikir, sometimes, apa yang terfikir, post kat facebook.. tp xeffective sgt.. eh, sshla nk exlain.. it's ok, we'll see how.. =p

Mak aihh.. blm ape2 da byk paragraph la pulak.. 1st/intro je baru, insyaAllah, there'll be more post after this.. adios & ilalliqa'.. =)